Pelakon Azmil Mustapha jadi rebutan di Indonesia - Utusan Malaysia

Pelakon Azmil Mustapha jadi rebutan di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Disember 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pelakon Azmil Mustapha semakin ‘laku‘ di Jakarta. Belum sempat habis penggambaran filem ‘Gadis Hitam Putih‘, iaitu filem usahasama Malaysia-Indonesia, beliau sudah mendapat tawaran berlakon sebuah filem lain.

Filem kedua yang bakal dibintanginya itu ialah, ‘Madu dan Racun‘ keluaran P.T. Garuda Filem, iaitu penerbit yang mengadakan usahasama dengan Aniko Sdn. Bhd. dari Malaysia untuk pengeluaran filem ‘Gadis Hitam Putih’.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Disember 1984 – Biro Bantuan Guaman Pahang berjaya menyelesaikan sebanyak 2,630 kes daripada sejumlah 4,066 aduan yang diterima sejak ditubuhkan pada tahun 1975.
  • 19 Disember 1985 – Kapal peronda baru milik TLDM, KD Musytari berharga RM50 juta yang dibina oleh Korea Shipbuilding and Engineering Corporation di Busan, Korea Selatan telah tiba di Pelabuhan Klang.
  • 19 Disember 1986 – Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menyambut baik langkah kerajaan menghapuskan bayaran ukur tanah, cukai setem pendaftaran dan yuran guaman untuk perumahan kos rendah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03 74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN