Maktab Tentera Diraja naik taraf universiti - Utusan Malaysia

Maktab Tentera Diraja naik taraf universiti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Disember 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi bakal dinaikkan ke taraf universiti selepas segala kajian pelaksanaannya selesai dilakukan oleh Kementerian Pertahanan.

Timbalan Menteri Pertahanan, Abang Abu Bakar Datu Mustapha memaklumkan, dengan kenaikan taraf berkenaan, sistem pengurusan dan pentadbiran akademik di maktab itu juga akan diselaraskan dengan sistem universiti.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 2 Disember 1983 – Pemain biola dan peniup trompet terkenal tanah air, Ahmad Mohd. Amin, 62, yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Trompet‘ meninggal dunia di Hospital Besar Kuala Lumpur.
  • 2 Disember 1984 – Yang di-Pertuan Agong bertitah, kesemua cenderamata yang diterima daripada mana-mana pihak tidak akan diambil sebagai miliknya, tetapi diserahkan kepada muzium untuk dipamerkan kepada rakyat.
  • 2 Disember 1985 – Kajian daripada WHO membuktikan, sekitar 40 hingga 80 peratus daripada 7.5 juta penduduk Jakarta dipercayai menghidap penyakit sakit jiwa ringan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN