Pada 8 Disember 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Pelajaran, Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak mahu status dan martabat Bahasa Melayu dipersoalkan lagi oleh mana-mana pihak dengan apa jua alasan sekalipun.
Beliau menegaskan, para aktivis masih dengan penuh emosi mempersoalkan status bahasa dan persuratan Melayu di negara ini, walaupun telah lama ditetapkan bahawa bahasa dan sastera Melayu adalah bahasa dan sastera nasional negara ini.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 8 Disember 1983 – Hampir 100 orang dipercayai terbunuh apabila dua buah kapal terbang bertembung di landasan Lapangan Terbang Madrid, Sepanyol akibat kabus tebal.
- 8 Disember 1984 – Koperasi Usaha Bersatu Berhad (Koop Bersatu) telah berjaya mengumpul sejumlah RM17 juta hasil bayaran daripada 113,000 orang ahli-ahlinya dari seluruh negara.
- 8 Disember 1985 – Kerajaan Negeri Terengganu akan menjadikan mahasiswa-mahasiswa di negeri ini yang masih menganggur sebagai ‘petani moden’.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










