UDA diberi lima tugas penting - Tun Razak - Utusan Malaysia

UDA diberi lima tugas penting – Tun Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 November 1971, Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak mengarahkan Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) memperbaharui kawasan-kawasan bandar di negara ini untuk menjadi pusat kehidupan moden yang aman dan bahagia dalam tempoh yang singkat.

Perdana Menteri telah memberi lima tugas penting bagi projek pembangunan bandar untuk dilaksanakan oleh UDA mulai sekarang dan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta kepada UDA untuk melaksanakan tugas tersebut dalam tempoh lima tahun.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 13 November 1974 – Menteri Besar Perlis, Datuk Jaafar Hassan memaklumkan, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi membina sebuah kampus tetap ITM Cawangan Perlis di Arau.
  • 13 November 1979 – Pasukan hoki Sekolah Rendah Khir Johari, Hutan Melintang berjaya menjadi johan hoki di bawah umur 12 tahun antara sekolah-sekolah seluruh negeri Perak pada tahun ini.
  • 13 November 1982 – Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis bakal menubuhkan sebuah koperasi balu dan janda di negeri ini bagi membantu golongan ini menjalankan kegiatan ekonomi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN