Pesakit jantung Hadi Boy gagal diselamatkan - Utusan Malaysia

Pesakit jantung Hadi Boy gagal diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 November 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang lagi pesakit jantung berlubang warga Malaysia, Hafeez Ahmad Badawi, 2 tahun, meninggal dunia di Pusat Jantung Filipina setelah empat hari selepas dibedah.

Hafeez yang lebih dikenali sebagai ‘Hadi Boy‘ merupakan pesakit jantung berlubang yang ketiga meninggal dunia di pusat berkenaan dalam tempoh seminggu. Sebelum ini yang telah meninggal dunia ialah, Rodziah Tamby Chik, 14 tahun dan kemudiannya, Khoo Hang Leng yang berusia 40 tahun.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 November 1980 – Kumpulan band ‘2nd Impression‘ yang dianggotai oleh tujuh orang anak muda dari Johor Bahru kini semakin popular dan mula dikenali sehingga ke Kuala Lumpur.
  • 4 November 1981 – Sebuah persatuan yang dikenali sebagai ‘Persatuan Siswa Pahang’ bakal ditubuhkan dalam masa terdekat oleh sekumpulan 135 orang siswa dan siswi yang berasal dari negeri berkenaan.
  • 4 November 1982 – Kementerian Pelajaran akan memperkenalkan satu mata pelajaran baru dalam KBSR iaitu, pendidikan moral di seluruh Malaysia bermula tahun hadapan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN