Mahasiswa UM tunjuk perasaan di Kedutaan Singapura - Utusan Malaysia

Mahasiswa UM tunjuk perasaan di Kedutaan Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 6 November 1974, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 80 orang pelajar Universiti Malaya telah mengadakan tunjuk perasaan secara aman di luar pejabat Suruhanjaya Tinggi Singapura di Lebuh Pasar, Kuala Lumpur.

Mereka membantah tindakan Kerajaan Singapura menahan Yang Dipertua Persatuan Pelajar Universiti Singapura, Tan Wah Pow dan dua orang tahanan politik, T.T. Rajah dan Said Zahari.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 6 November 1971 – Kapal haji pertama negara, ‘Malaysia Baru‘ memulakan pelayaran pertamanya dengan membawa seramai 1,761 orang bakal jemaah haji.
  • 6 November 1972 – Asrama Bukit Senyum di Johor Bahru berjaya menjadi johan dalam pertandingan membaca Al-Quran antara Yayasan Kebajikan Malaysia.
  • 6 November 1977 – Indonesia telah menandatangani satu perjanjian dengan Syarikat Aerospatiale Perancis bagi mengeluarkan helikopter jenis SA 330 Puma di Bandung, Jawa Barat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN