Pasangan kekasih mati lemas di Taman Tasik Ampang - Utusan Malaysia

Pasangan kekasih mati lemas di Taman Tasik Ampang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Oktober 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sepasang kekasih yang bakal melangsungkan perkahwinan mereka dipercayai tenggelam bersama sebuah kereta dalam sebuah lombong di Taman Tasik Ampang, Kuala Lumpur.

Pasangan tersebut dikenali sebagai K. Venugopal, 25 tahun dan M. Tulasi, 22. Pihak polis bersama pasukan penyelam daripada TLDM yang berpangkalan di Woodlands, Singapura sedang giat mengesan dan mencari pasangan malang itu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 29 Oktober 1979 – Muzium Negeri Pahang bakal membina semula pusara Allahyarham Wan Daud Wan Perang yang dikenali dengan gelaran Orang Kaya Haji Kuala Lipis yang mati dibunuh Inggeris pada tahun 1889.
  • 29 Oktober 1982 – Pemimpin Libya, Muaamar Gaddafi memaklumkan, Presiden Lebanon, Amin Gemayel adalah ketua negara yang tidak sah kerana pemilihannya dibuat semasa negara itu dibawah penguasaan Israel.
  • 29 Oktober 1983 – Kementerian Alam Sekitar memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak memakan isi buah mata kucing dalm tin yang diimport dari Thailand kerana makanan tersebut didapati telah tercemar.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN