Panglima Allah ditahan di Masjid Jamek Kampung Baru - Utusan Malaysia

Panglima Allah ditahan di Masjid Jamek Kampung Baru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 24 Oktober 1980, Utusan Malaysia melaporkan seorang lelaki yang bersenjatakan pedang samurai dan mengaku sebagai seorang panglima Allah ditahan di pekarangan Masjid Jamek, Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Menurut polis, lelaki tersebut yang berumur 29 tahun berasal dari Bagan Datuk, Perak masih ditahan untuk siasatan.

Selain pedang, pihak polis turut merampas sebilah pisau tajam yang panjang daripada lelaki berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 24 Oktober 1979 – Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, Raub berjaya menjadi johan Rancangan Desa Usaha (RDU) Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Pahang yang dipertandingkan baru-baru ini.
  • 24 Oktober 1980 – Perdana Menteri, Tun Hussein Onn bakal dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang dan Perkhidmatan Awam oleh Universiti Ohio, Amerika Syarikat pada 21 November depan.
  • 24 Oktober 1981 – Sejenis alat penimbang lembu yang dihasilkan oleh syarikat tempatan, Boustead Engineering berjaya dikomersialkan dan dieksport ke Thailand.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN