Pada 3 Oktober 1970, Utusan Malaysia melaporkan Yang di-Pertuan Agong menganugerahkan tiga Pingat Hang Tuah kepada tiga pahlawan kanak-kanak pada majlis Hari Kanak-Kanak Sedunia 1970 di Stadium Negara, Kuala Lumpur.
Pingat Hang Tuah darjah pertama pada tahun ini dianugerahkan kepada Nan Ahmad, 14, pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Syed Hassan, Kangar, Perlis kerana keberaniannya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di Sungai Bakong, Februari tahun lalu.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 3 Oktober 1973 – Tabung Pembangunan Ekonomi Islam bakal diperluaskan ke Sabah dan Sarawak mulai tahun ini, tegas Menteri Pembangunan Desa dan Luar Bandar, Tun Ghafar Baba.
- 3 Oktober 1974 – Kapal haji ‘Malaysia Raya‘ yang membawa seramai 1,700 bakal haji Malaysia dan Singapura terkandas selama 15 jam di Pelabuhan Pulau Pinang kerana kecuaian pekerja pelabuhan.
- 3 Oktober 1975 – Juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali mengumumkan beliau tidak akan bertarung lagi dengan Joe Frazier kerana menganggap pertarungannya yang berlaku baru-baru ini adalah ‘pertarungan hampir mati‘.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]