Muhammad Ali juara tinju heavyweight dunia - Utusan Malaysia

Muhammad Ali juara tinju heavyweight dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Oktober 1974, Utusan Malaysia melaporkan juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali mengakui kemampuannya menumbangkan George Foreman sebagai kejayaan paling mengejutkan di abad ke-20 ini.

Beliau terus terang mengatakan bahawa kejayaannya itu adalah dengan kuasa Allah. “Kekuasaan Allah telah memberi kemenangan kepada saya. Saya mahukan setiap manusia di dunia ini menganut agama Allah (Islam)“, katanya kepada wartawan selepas pertarungan itu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 31 Oktober 1973 – Seramai 900 jemaah haji berlepas ke Jeddah dari Pelabuhan Kelang dengan menaiki kapal Malaysia Raya.
  • 31 Oktober 1975 – Menteri Pelajaran, Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan, semua universiti di negara ini akan menyediakan kaedah- kaedah universiti (tatatertib pelajar-pelajar) 1975.
  • 31 Oktober 1977 – Menteri Besar Perlis, Datuk Jaafar Hassan menyelar para isteri pegawai kerajaan dan orang kenamaan kerana mengasingkan diri daripada bergaul dengan wanita-wanita luar bandar.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN