Pada 6 Oktober 1982, Utusan Malaysia melaporkan penyerang handalan bola sepak negara, Datuk Mokhtar Dahari mengumumkan persaraannya dan tidak lagi akan melibatkan diri mewakili pasukan negara di sebarang kejohanan di peringkat antarabangsa.
Mokhtar ketika mengumumkan persaraannya di pejabat PKNS memaklumkan, “Genaplah 120 bulan penglibatan saya dalam skuad kebangsaan. Saya harus menerima hakikat ini dengan kerelaan hati setelah saya menyedari tenaga saya tidak lagi diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia”.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 6 Oktober 1982 – Seramai 56 jemaah haji Malaysia meninggal dunia di tanah suci dalam musim haji tahun ini.
- 6 Oktober 1983 – Kerajaan Negeri menganggap laporan mengenai penemuan minyak dan gas di perairan Pulau Langkawi bakal membawa nikmat besar kepada rakyat Kedah.
- 6 Oktober 1984 – Sebuah pesawat latihan lanjutan MB 339 milik Tentera Udara Diraja Malaysia jatuh terhempas ketika menjalani latihan di Pangkalan TUDM Kuantan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]