MARDI perkenal kaedah ternakan kerbau cara kandang - Utusan Malaysia

MARDI perkenal kaedah ternakan kerbau cara kandang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 Oktober 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Institut Penyelidikan Pertanian Persekutuan (MARDI) Stesen Kluang, Johor melalui penyelidikan yang dijalankan telah berusaha memperkenalkan semula ternakan kerbau yang dilakukan secara ternakan kandang.

Kaedah ternakan sebelum ini iaitu membiarkan kerbau berkubang di sawah dan memakan rumput sahaja telah diubah kepada yang lebih moden dan cepat memberi hasil kepada penternaknya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 8 Oktober 1982 – Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini telah meluluskan tuntutan cerai bekas isteri penyanyi terkenal, Datuk D.J.Dave iaitu Surinder Kaur.
  • 8 Oktober 1983 – Kementerian Pelajaran sedang melaksanakan projek kilat untuk mengatasi masalah kekurangan bilik darjah terutama di kawasan luar bandar di seluruh negara.
  • 8 Oktober 1986 – Seorang lelaki warga Austria, Leopold Pillich berjaya mencipta rekod baru dengan berdiri di dalam air tanpa bergerak selama 6.25 jam dalam satu pertandingan di Zurich, Switzerland.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN