Harga gula naik 10 sen - Utusan Malaysia

Harga gula naik 10 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Oktober 1980, Utusan Malaysia melaporkan harga runcit gula pasir naik 10 sen sekati di Semenanjung Malaysia, manakala di Sabah dan Sarawak pula, kenaikannya adalah 15 sen sekati bermula hari ini.

Dengan harga baru tersebut menjadikan harga sekati gula di Semenanjung ialah 75 sen, manakala di Sabah dan Sarawak, 85 sen. Walaupun selepas penetapan harga baru itu, harga gula di Malaysia masih rendah berbanding tiga negara ASEAN lain iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 Oktober 1975 – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia yang belayar dengan kapal Ratu Timur telah tiba di Pelabuhan Jeddah kelmarin setelah bertolak dari Pelabuhan Kelang pada 13 September lalu.
  • 1 Oktober 1977 – Ladang Rakyat Terengganu yang baru dilancarkan pembukaannya bakal menyediakan sebanyak 1,100 hingga 1,700 peluang pekerjaan apabila siap sepenuhnya.
  • 1 Oktober 1979 – Malaysia berjaya memenangi pingat emas dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA dengan menewaskan Indonesia 1-0 di Stadium Senayan, Jakarta.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN