Pada 23 Oktober 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Lim Teong Kim telah menjadi penyelamat pasukan negara apabila jaringannya di minit 89 membolehkan Malaysia berkongsi mata dengan India di perlawanan terakhir pusingan pertama Bola Sepak Pra-Olimpik Zon Asia-Oceania.
Berpunca dari kawasan tengah, Teong Kim meluru ke depan, setelah berlegar-legar beberapa saat dalam jarak 20 meter, beliau melepaskan satu percubaan dan tepat menerjah masuk di sudut kiri melepasi jangkauan penjaga gol India, Brahamanda Shankwalkar.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 23 Oktober 1982 – Seorang jemaah haji Malaysia, Kitrah Salam, 50 tahun meninggal dunia, manakala 17 yang lain dimasukkan ke hospital apabila bas yang mereka naiki dari Mekah ke Madinah terlibat dalam satu kemalangan.
- 23 Oktober 1983 – Ketua Pasukan Melaka, Datuk Soh Chin Aun telah dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan bola sepak Piala Malaysia Melaka bermula tahun depan.
- 23 Oktober 1985 – Presiden Parti Nasionalis Malaysia (NASMA), Zainab Yang berlepas ke London untuk menemui pelajar-pelajar Malaysia di sana supaya menyertai parti pimpinannya.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]