Bungkusan maut di Pejabat Pos Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Bungkusan maut di Pejabat Pos Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 7 Oktober 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pejabat Pos Pulau Pinang telah diberi kawalan yang lebih ketat berikutan satu berita yang mengatakan bungkusan berisi bom yang dihantar kepada sebuah pertubuhan Israel di Rome telah diposkan dari negeri ini.

Pegawai Pos Negeri, Abu Bakar Mohd. Said memaklumkan, langkah-langkah keselamatan telah dipertingkatkan walaupun selama ini semua kakitangan pos sentiasa berhati-hati dalam mengendalikan kerja-kerja pengiriman surat menyurat, bungkusan dan sebagainya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 7 Oktober 1972 – Perak Hydro berjaya mendakap Piala Wayfoong setelah muncul juara dalam kejohanan akhir badminton antara kelab-kelab perusahaan Perak di Dewan St. John, Ipoh.
  • 7 Oktober 1980 – Koperasi Bumiputera Melaka Berhad telah berjaya ditubuhkan secara rasmi menerusi satu mesyuarat lembaga pengarah penaja koperasi berkenaan.
  • 7 Oktober 1981 – Sebuah perkampungan nelayan contoh bakal diwujudkan di Daerah Besut, Terengganu oleh Kerajaan Persekutuan dengan sokongan beberapa agensi pembangunan antarabangsa.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN