Pada 17 Oktober 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan sekurang-kurangnya 100 orang pelajar terbunuh dan hampir 250 lagi cedera apabila sebahagian bumbung asrama di Universiti Dhaka, Bangladesh runtuh.
Kejadian itu berlaku ketika lebih 300 orang pelajar sedang menonton televisyen di auditorium Dewan Jagannath, iaitu lokasi yang turut dijadikan tempat penginapan 500 orang pelajar.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 17 Oktober 1983 – Kerajaan sedang menggubal dua undang-undang baru bagi memberi kuasa kepada Menteri Dalam Negeri melanjutkan tempoh penahanan selama dua tahun ke atas pengedar dadah dan merampas harta benda milik mereka.
- 17 Oktober 1985 – Kementerian Dalam Negeri mengharamkan sebuah pita rakaman suara bertajuk ‘Syahid di Lubuk Merbau’ yang mengandungi syarahan oleh Suhaimi Saad.
- 17 Oktober 1986 – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memutuskan bahawa, tarikat ‘Nabsabandiah Kadirun Yahya’ adalah haram kerena menyeleweng daripada akidah Islam.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]