Tubuh Majlis Industri Buah-Buahan Malaysia - Ghafar Baba - Utusan Malaysia

Tubuh Majlis Industri Buah-Buahan Malaysia – Ghafar Baba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 30 September 1986, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghafar Baba mencadangkan supaya ditubuhkan Majlis Industri Buah-Buahan Malaysia (MFIC) supaya buah-buahan tempatan dapat dijadikan satu komoditi berpotensi tinggi seperti getah dan kelapa sawit.

Majlis tersebut berupaya menjamin kepentingan dan pembangunan industri buah-buahan negara disamping memberi keyakinan kepada para petani termasuk petani siswazah menceburi industri berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 30 September 1982 – Empat warganegara Thai yang beragama Islam dijatuhkan hukuman penjara sehingga 60 tahun kerana cuba membunuh Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit pada 22 September 1977.
  • 30 September 1983 – Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik memaklumkan, kerja-kerja menambak laut seluas kira-kira 560 hektar akan dimulakan tidak lama lagi.
  • 30 September 1986 – Pemain gitar bass ‘Band D’ Semenggos’, Koperal Abdul Aziz Bidin, 32 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya di Taman Selera, Gombak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN