Pada 10 September 1975, Utusan Malaysia melaporkan dua pekerja lombong mati tertimbus manakala yang lain sempat menyelamatkan diri apabila tebing lombong bijih timah Chim Lee di Batu 7, Kepong, Kuala Lumpur runtuh.
Kedua-dua pekerja lombong yang terbunuh ialah Yap Voon Kong, 36, dan Chong Chor, 69, manakala yang terselamat ialah Yaw Meng, Foo Lee, Kae Chai, Law Choon dan Voom Kum.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 10 September 1974 – Sebuah batalion dalam pasukan Polis Hutan yang digelar ‘Senoi Praaq’ telah ditubuhkan secara rasmi, kata Pemangku Ketua Polis Negara, Tun Haniff Omar.
- 10 September 1975 – Jalaliah Ismail, 18, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Treacher Methodist dipilih sebagai ‘Ratu Hari Kebangsaan’ di Malam Dansa anjuran Persatuan Belia Penjara Taiping.
- 10 September 1976 – Perbadanan Kemajuan Pelancongan (TDC) bakal menubuhkan pejabatnya di Frankfurt, Jerman Barat untuk menggalakkan usaha menarik lebih ramai pelancong Eropah ke Malaysia.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]