Tempayan berisi harta karun ditemui di Besut - Utusan Malaysia

Tempayan berisi harta karun ditemui di Besut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 25 Ogos 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan beberapa biji tempayan berisi harta karun yang dipercayai ditinggalkan oleh pemerintahan kerajaan Siam yang bertapak di Besut pada abad ke-15 telah ditemui oleh penduduk tertanam di Kampung Limbungan.

Sebanyak enam buah tempayan telah ditemui di satu kawasan tanah milik kerajaan yang ditanam sedalam dua meter di dalam tanah. Tempayan berkenaan berisi alat senjata lama seperti tombak, lembing, cokmar dan kapak yang bersadur permata.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 25 Ogos 1982 – Arahan larangan kakitangan awam dan orang ramai merokok di jabatan-jabatan kerajaan dan badan berkanun telah mula berkuatkuasa serta merta hari ini.
  • 25 Ogos 1983 – Kerajaan Negeri Johor dan beberapa orang usahawan berhasrat untuk membangunkan kawasan Kampung Pahang di Johor Bahru sebagai pusat perdagangan.
  • 25 Ogos 1985 – Penduduk Kuala Lumpur bersama Syarikat Regnis (M) Sdn. Bhd. akan menghasilkan sehelai bendera Malaysia raksasa untuk digantung sempena hari kebangsaan tidak lama lagi.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN