Shahrum Yub menang anugerah Ramon Magsasay - Utusan Malaysia

Shahrum Yub menang anugerah Ramon Magsasay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Ogos 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pengarah Muzium Negara, Shahrum Yub terkejut setelah dipilih memenangi anugerah Ramon Magsasay 1978 daripada Kerajaan Filipina menerusi satu penilaian yang tinggi ke atas tugas hariannya.

Menurut Shahrum, beliau hanya menjalankan tugas-tugas harian sebagai seorang anggota kerajaan dan langsung tidak menyangka usahanya itu telah diberi satu penilaian yang paling tinggi dan mulia.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 14 Ogos 1974 – Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) akan membina dua buah kilang memproses beras di Kelantan, satu di Pasir Puteh dan satu di Tumpat dengan kos keseluruhan RM7 juta.
  • 15 Ogos 1975 – Kira-kira 4,000 orang tetamu termasuk Sultan dan Sultanah Johor menghadiri majlis pembukaan rasmi Istana TAB di Pasir Pelangi yang berharga RM700,000.
  • 15 Ogos 1977 – Isteri kedua bekas Presiden Indonesia, Hartini Sukarno telah ditangkap dan mengaku salah atas tuduhan mencuri awal Ogos lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN