1,200 jemaah terbunuh ketika solat Aidilfitri di Afghanistan - Utusan Malaysia

1,200 jemaah terbunuh ketika solat Aidilfitri di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Ogos 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pesawat tempur dan helikopter bersenjata Soviet telah menyerang para jemaah yang menunaikan solat sunat Aidilfitri dan membunuh lebih 1,200 orang awam, menurut sumber daripada pejuang-pejuang Afghan.

Para pejuang Afghan turut memaklumkan, pasukan tambahan tentera Soviet dari Eropah Timur turut membedil kubu-kubu pertahanan pejuang mereka di wilayah Balkh dan membunuh lebih 30 orang pejuang Afghan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 19 Ogos 1978 – Seniwati veteran, Puan Sri Saloma dimasukkan ke Hospital Besar Kuala Lumpur kerana diserang penyakit demam kuning (jaundice).
  • 19 Ogos 1979 – Orang ramai menyambut baik keputusan Kementerian Pelajaran menghapuskan penggunaan nama ‘sekolah menengah rendah’ dan ‘menengah atas’ dan diganti dengan nama ‘sekolah menengah’.
  • 19 Ogos 1980 – Adik Amelia Abdullah, 4 tahun berlepas ke Manila untuk menjalani pembedahan jantung berlubang dan kos tersebut dibiayai oleh Persatuan MASOBA Kuala Lumpur.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN