Shahnon Ahmad penerima Anugerah Sastera Negara - Utusan Malaysia

Shahnon Ahmad penerima Anugerah Sastera Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 29 Julai 1982, Utusan Malaysia melaporkan sasterawan terkemuka, Prof. Datuk Shahnon Ahmad yang terkenal dengan karya seperti Ranjau Sepanjang Jalan dan Rentong dipilih sebagai penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun ini.

Dekan Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan di USM itu akan menerima sepucuk warkah penghormatan negara, wang tunai RM30,000 serta kemudahan untuk mencipta, penerbitan karya dan perubatan percuma kelas satu disemua hospital kerajaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 29 Julai 1982 – Pelakon terkenal, Vie Morrow, 49, yang pernah memegang watak Sarjan Saunders dalam filem ‘Combat’ terbunuh dalam nahas helikopter ketika penggambaran filem perang Vietnam.
  • 29 Julai 1983 – Juara bina badan Johor 1983, Mansor Ihsan, 38, menyatakan keyakinan untuk memenangi gelaran Juara Malaysia yang akan dipertandingkan di Sarawak hujung tahun ini.
  • 29 Julai 1985 – Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan menyiasat secara terperinci dua buah pesawat Boeing 747 miliknya berikutan pengumuman Boeing mengenai terdapat keretakan di dalam badan pesawat daripada jenis yang sama.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN