Minyak Petronas terima sambutan luar biasa - Utusan Malaysia

Minyak Petronas terima sambutan luar biasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 9 Julai 1984, Utusan Malaysia melaporkan stesen minyak Petronas mendapat sambutan hangat daripada orang ramai khususnya dalam kalangan pemilik kenderaan sejak perkhidmatannya dilancar dua tahun lalu.

Petronas bercadang membuka sebanyak 300 stesen minyak lagi di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak berikutan stesen minyak berkenaan sejak akhir-akhir ini menjadi tumpuan ramai sehingga terpaksa beratur panjang untuk mengisi minyak.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 9 Julai 1982 – Abu Bakar Long yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Muzik PDRM merupakan individu yang menghasilkan muzik latar untuk filem ‘Bukit Kepong’ arahan Tan Sri Jins Shamsuddin.
  • 9 Julai 1984 – Datuk Razif Sidek dan Ong Beng Teong mara ke perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Thailand dalam acara beregu selepas menundukkan pasangan handalan dari Sweden, Thomas Kihlstrom dan Stefan Karlsson.
  • 9 Julai 1985 – Tokoh boria terkenal, Abu Bakar Jaafar atau ‘Pak Kan’ telah dipilih sebagai penerima Anugerah Seni Budaya Negeri Pulau Pinang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN