Hasnah Abas `hidup semula' selepas 5 jam diumum meninggal dunia - Utusan Malaysia

Hasnah Abas `hidup semula’ selepas 5 jam diumum meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Julai 1985, Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita dari Kampung Seberang Kastam, Besut, Terengganu menggemparkan penduduk daerah berkenaan apabila beliau yang disangka meninggal dunia `hidup kembali‘ ketika sanak saudara menziarahinya.

Hasnah Abas, bekas Ketua Pergerakan Wanita UMNO bahagian Besut yang disangka meninggal dunia pada pukul 11 pagi semalam kembali sedar kira-kira lima jam kemudian setelah keluarganya membuat pengumuman kematiannya.

ANTARA PERISTIWA LAIN YANG MENARIK

  • 31 Julai 1982 – Kelab bola sepak Liga Inggeris, Nottingham Forest bakal menurunkan empat bintang ternama mereka iaitu Robertson, Anderson, Aas dan Fashanu menentang pilihan Malaysia di Stadium Merdeka malam esok.
  • 31 Julai 1983 – Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan termasuk mengehadkan tuntutan perjalanan bagi setiap kakitangan kerajaan.
  • 31 Julai 1984 – Pengerusi Jabatan Arkitek, Universiti King Abdul Aziz, Arab Saudi, Hussein M. Ateshin menggesa para arkitek Islam mereka cipta bangunan yang tidak berasaskan barat kerana tidak sesuai bagi kehidupan manusia.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN