Pada 28 Julai 1972, Utusan Malaysia melaporkan sebuah pasar raya yang terletak di Jalan Weld di tengah Ibu Kota dan dikenali dengan nama Fitzpatrick’s Supermarket bakal memulakan operasi perniagaannya 19 Ogos.
Pengurus Fitzpatrick’s Supermarket, Ron Rowlands memaklumkan, pasar raya yang ditempatkan di tingkat bawah bangunan 18 tingkat ini adalah yang termoden di Asia Tenggara dan turut menjual 8,000 jenis produk tempatan dan dari luar negara.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 28 Julai 1971 – Jumlah penganggur di Malaysia meningkat kepada 250,000 orang pada 1970 kata Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat, Tan Sri V.Manickavasagam.
- 28 Julai 1972 – Norzarah Kamaruddin, 18, penuntut tingkatan 5 Sekolah Menengah Sacred Heart Convent, Melaka dipilih sebagai pelakon wanita terbaik sempena Ekspo Pendidikan Negeri.
- 28 Julai 1973 – Kerajaan Negeri Perak disaran mewajibkan pegawai dan kakitangan kerajaan yang beragama Islam memakai pakaian kebangsaan pada setiap hari Jumaat.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]