Amerika jual lapan pesawat F-16 kepada Malaysia - Utusan Malaysia

Amerika jual lapan pesawat F-16 kepada Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 1 Julai 1988, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat telah meluluskan penjualan senjata termasuk pesawat pejuang F-16 kepada Malaysia dan Korea Selatan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pentagon, jabatan tersebut akan membekalkan sebanyak lapan buah pesawat F-16 kepada Malaysia yang nilai keseluruhannya berjumlah $292 juta Dollar Amerika (RM730 juta).

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 1 Julai 1980 – Sebanyak 24 rekod baru telah dicipta dalam kejohanan olahraga ke-11, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Hulu Terengganu yang diadakan di Padang Astaka Kuala Berang.
  • 1 Julai 1983 – Kerajaan Jepun menyumbang satu geran bernilai 45 juta Yen (RM450,000) kepada Malaysia bagi membiayai pembelian peralatan pendidikan jasmani.
  • 1 Julai 1988 – Kerajaan Pusat bersetuju dengan kerajaan negeri untuk memajukan Pulau Singa Besar dalam Daerah Langkawi sebagai pusat pelancongan terkemuka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN