Alwi Jantan orang Asia pertama terima anugerah arkib antarabangsa - Utusan Malaysia

Alwi Jantan orang Asia pertama terima anugerah arkib antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Julai 1979, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Alwi Jantan telah mencipta sejarah menjadi orang Asia pertama dianugerahkan Ijazah Kehormat Kajian Sains Arkib, Palaeografi dan Diplomatik Rome sebagai mengenang jasanya terhadap kemajuan arkib antarabangsa.

Datuk Alwi yang juga merupakan bekas Pengarah Arkib Negara merupakan orang keenam di dunia dianugerahkan ijazah kehormat berkenaan dalam tempoh 101 tahun penubuhan Arkib Negara Rome.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 Julai 1979 – Empat orang penduduk Kampung Ulu Licin, Beruas, Perak berjaya memberkas seorang tahanan yang dilaporkan telah lari dari lokap Balai Polis Beruas.
  • 4 Julai 1983 – Universiti Islam Antarabangsa (UIA) akan memulakan sesi kuliahnya yang pertama bermula 16 Julai ini melibat seramai 180 pelajar dari dalam dan luar negara.
  • 4 Julai 1984 – Persatuan Pengguna Melaka (CAM) menggesa kerajaan supaya menyekat penjualan barang-barang makanan dalam tin yang kemek oleh pasaraya dan kedai-kedai kepada orang ramai.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN