Shukor Salleh dan Marina Chin, atlet terbaik 1977 - Utusan Malaysia

Shukor Salleh dan Marina Chin, atlet terbaik 1977

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Jun 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Shukor Salleh dan ratu trek, Datuk Marina Chin telah diisytiharkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 1977 dalam satu upacara gilang-gemilang di Stadium Negara.

Upacara penganugerahan ini disiarkan secara langsung oleh TV Malaysia dan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat menyampaikan trofi penganugerahan kepada Shukor dan Marina.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 Jun 1976 – ADUN Jitra yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Tan Sri Osman Aroff dikejarkan ke hospital akibat cedera parah setelah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di Tanjung Pauh.
  • 4 Jun 1978 – Komposer lagu terkenal, Datuk Ahmad Nawab telah ditawarkan jawatan sebagai pengarah dan penerbit oleh sebuah syarikat piring hitam dari Amerika Syarikat.
  • 4 Jun 1979 – Kementerian Pelajaran akan bertindak membuang guru-guru yang didapati menentang Dasar Pelajaran Kebangsaan, kata Menteri Pelajaran Tun Musa Hitam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN