Pada 24 Jun 1982, Utusan Malaysia melaporkan bekas pemain pasukan bola sepak kebangsaan, Datuk Mokhtar Dahari bakal menjalani pembedahan di kakinya penghujung bulan Julai ini.
Ini merupakan kali kedua penyerang bola sepak negara ITU menjalani pembedahan serius di bahagian kakinya. Kali pertama beliau menjalani pembedahan pada tahun 1965.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 24 Jun 1982 – Penyanyi yang mempunyai suara campuran Matt Monree dan Bob Tutopoly, Ali Ahmad Anuar bakal melancarkan album sulungnya yang berjudul ‘Dunia Cintaku‘ tidak lama lagi.
- 24 Jun 1983 – Seramai 21 orang kerani pos di seluruh Malaysia dibuang kerja dalam tempoh enam tahun lalu kerana kesalahan pecah amanah.
- 24 Jun 1984 – Malaysia menjadi tumpuan 13 buah negara dari Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik untuk mempelajari teknik-teknik moden pengurusan koperasi.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]