Kuwait sumbang RM1.15 juta untuk UIA - Utusan Malaysia

Kuwait sumbang RM1.15 juta untuk UIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 5 Jun 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menerima sekeping cek bernilai 500,000 Dollar Amerika, iaitu bersamaan RM1,150,000 sumbangan daripada Kerajaan Kuwait kepada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA).

Cek berkenaan telah diserahkan kepada Perdana Menteri oleh Duta Besar Kuwait ke Malaysia, Abdulmohsen Nasir El-Jeaan di Pejabat Perdana Menteri di Kuala Lumpur.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 5 Jun 1983 – Kerajaan Malaysia tidak pernah membantu perjuangan ketenteraan rakyat Pattani di selatan Thailand dan rakyat Moro di selatan Filipina, kata Timbalan Menteri Luar Negara, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.
  • 5 Jun 1984 – Perbadanan Petroleum Nasional (Petronas) bercadang untuk membeli bangunan Kompleks Dayabumi setinggi 35 tingkat di Jalan Raja untuk dijadikan bangunan korporatnya.
  • 5 Jun 1985 – Mesyuarat fatwa Majlis Raja-Raja telah mengesahkan bahawa, ajaran Ahmadiah atau Qadiani telah terkeluar daripada ajaran Islam yang sebenar.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN