Korek dinding balai polis, empat tahanan berjaya lolos - Utusan Malaysia

Korek dinding balai polis, empat tahanan berjaya lolos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Jun 1983, akhbar Utusan Malaysia melaporkan empat orang tahanan, salah seorang daripadanya menghadapi tuduhan membunuh telah berjaya melarikan diri dari lokap Balai Polis Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan cara mengorek lubang pada dinding lokap.

Dua daripada tahanan tersebut berjaya diberkas semula setelah polis melancarkan gerakan besar-besaran memburu keempat-empat mereka. Lebih 100 orang pegawai serta anggota dengan dibantu oleh dua ekor anjing pengesan meneruskan gerakan mengesan tahanan yang masih bebas.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 11 Jun 1982 – Pemain bola sepak belia kebangsaan, Fazil Ismail, 23 tahun semakin lincah dan tajam di atas padang sehingga peminat menggelarnya sebagai ‘Maradona‘ Pulau Pinang.
  • 11 Jun 1983 – Parti Hizbul Muslimin Malaysia atau HAMIM yang ditubuhkan oleh Datuk Mohamad Asri Muda berjaya didaftarkan penubuhannya dan menjadi parti Islam ketiga terbesar di Malaysia.
  • 11 Jun 1984 – Seramai 40 orang banduan dari penjara Alor Setar, Kedah kini sedang berkhidmat dengan Syarikat Gula Padang Terap sebagai satu usaha membantu para banduan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan
arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN