Pada 29 Mei 1986, Utusan Malaysia melaporkan Prof. Ismail Faruqi, seorang sarjana Islam antarabangsa yang terkemuka dan mempunyai hubungan erat dengan Malaysia ditikam sehingga mati bersama isterinya, Dr. Lamya Al-Faruqi di rumah mereka di Wayncote, Philadelphia, Amerika Syarikat.
Prof. Faruqi, 65, yang mengajar di Temple University dan isterinya telah ditikam dengan sebilah pisau sepanjang 38 sentimeter oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke rumah mereka.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 29 Mei 1984 – Seramai 43 murid Sekolah Rendah Kebangsaan La Salle, Jalan Gasing, Petaling Jaya mengadu sakit perut dan muntah setelah minum susu coklat yang diberikan pihak sekolah.
- 29 Mei 1985 – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menasihatkan pegawai kategori kumpulan A supaya meletakkan jawatan masing-masing sekiranya terlibat secara aktif dalam politik.
- 29 Mei 1986 – Kerajaan Negeri Pahang bersetuju melaksanakan projek ladang jagung secara komersial di kawasan seluas 283 hektar di kawasan tanah terbiar di Paya Kangsa, Jerantut.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]