Terlibat anasir komunis, dua Abdullah dipecat daripada UMNO - Utusan Malaysia

Terlibat anasir komunis, dua Abdullah dipecat daripada UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Mei 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Datuk Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid hari ini disingkirkan daripada UMNO kerana penglibatan mereka dalam kegiatan-kegiatan anasir komunis.

Keputusan menyingkirkan kedua-dua orang bekas Timbalan Menteri itu dibuat dengan ‘sebulat suara‘ oleh Majlis Tertinggi UMNO Malaysia yang bersidang selama lebih empat jam.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 Mei 1974 – Kerajaan Negeri Perak akan melaksanakan rancangan perumahan besar-besaran bagi membolehkan rakyat mempunyai rumah sendiri di seluruh negeri bermula tahun ini.
  • 22 Mei 1975 – Sebuah ‘Bandar Satelit’ pertama di Melaka yang menelan kos sebanyak RM20 juta di Batu Berendam dijangka siap pembinaannya dalam masa lima tahun.
  • 22 Mei 1978 – Bekas Perdana Menteri Pakistan yang dijatuhi hukuman mati, Zulfikar Ali Bhutto melancarkan mogok lapar di ruang penjaranya sejak empat hari lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN