Pada 22 April 1976, Utusan Malaysia melaporkan kawasan Larkin di Johor Bahru telah diisytiharkan penukaran namanya kepada ‘Kampung Datuk Onn‘, oleh Menteri Besar Johor, Tan Sri Osman Saat.
Perdana Menteri, Tun Hussein Onn dalam perutusannya turut menyatakan rasa terharu atas keputusan tersebut. “Keputusan itu sangat memberi kesan kepada saya dan keluarga, kerana mengabadikan nama ayah saya dan kenangan ini menjadi kekal abadi kepada anak cucu saya,” katanya.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 22 April 1972 – Lebih 300 pekerja lombong Killing Hall di Batu 15, Puchong melancarkan mogok kerana membantah sikap majikan yang memberi layanan buruk dan enggan mengiktiraf persatuan mereka.
- 22 April 1976 – Penyanyi popular, Datuk Sharifah Aini mengkagumkan para penonton yang menyaksikan konsert ‘Kingston Trio‘ di Las Vegas menerusi lagunya ‘Just One Look‘, ‘Hapuslah Air Matamu‘ dan ‘Feeling‘.
- 22 April 1977 – Senator Datuk Nik Hassan Yahya meminta kerajaan supaya mengharamkan buku berjudul ‘Politics of Federalism‘ yang dikatakannya mencemarkan Dewan Negara.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]