Tun Abdul Razak diterima jadi peguam - Utusan Malaysia

Tun Abdul Razak diterima jadi peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 11 Mac 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Abdul Razak telah diterima menjadi seorang peguam dalam satu upacara ringkas dan bersejarah di Mahkamah Tinggi hari ini.

Dalam ucapan ringkasnya, Tun Abdul Razak menegaskan bahawa, walaupun beliau diterima menjadi seorang peguam, tetapi hasratnya hendak memimpin negara ini akan diteruskan selagi rakyat mahukan kepimpinannya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 11 Mac 1974Tun Abdul Razak menyeru arkitek-arkitek di negara ini supaya menggunakan ukiran-ukiran yang melambangkan kesenian tradisional bangsa ke arah mewujudkan keperibadian bangsa.
  • 11 Mac 1975 – Seniman dan pengarah filem terkenal, Hussein Abu Hassan sedang berusaha keras untuk menyiapkan filem pertama arahannya yang berjudul ‘Bunga Padi Berdaun Lalang‘.
  • 11 Mac 1977 – Satu skim untuk membantu pelajar-pelajar miskin bagi menjalani peperiksaan SRP/LCE dan SPM/MCE telah dilancarkan oleh Lions Club Cawangan Kota Bharu menerusi Maktab Islah Kelantan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya