Taman Jalan Kuantan ditukar kepada Taman Tasik Titiwangsa - Utusan Malaysia

Taman Jalan Kuantan ditukar kepada Taman Tasik Titiwangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Februari 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tun Hussein Onn hari ini mengisytiharkan Taman Tasik Titiwangsa sebagai nama baru kepada Taman Jalan Kuantan sempena sambutan ulang tahun keenam Wilayah Persekutuan.

Perdana Menteri berkata, beliau memilih nama tersebut daripada beberapa senarai nama yang dikemukakan kepadanya memandangkan Titiwangsa merupakan banjaran gunung yang menjadi tulang belakang Semenanjung Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 2 Februari 1977Pegawai-pegawai keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini mula menggunakan alat
    pengesan khas untuk memeriksa setiap penumpang.
  • 2 Februari 1978Wan Chik Wan Teh berjaya menewaskan 12 peserta dan menjadi johan ‘Pertandingan Bakat 1977‘ anjuran Majlis Perhubungan Masyarakat kawasan Sungai Petani.
  • 2 Februari 1979 – Syarikat pengeluar susu tepung memberi jaminan untuk menyokong penuh usaha kerajaan dalam menggalakkan ibu-
    ibu memberikan susu badan kepada bayi mereka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya