Residensi rasmi Tunku dijadikan 'hiasan negara' - Utusan Malaysia

Residensi rasmi Tunku dijadikan ‘hiasan negara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Februari 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Tunku Abdul Rahman hari ini mencadangkan Residensi, tempat kediaman rasmi ketika beliau menjadi Perdana Menteri supaya dijadikan sebagai sebuah ‘perhiasan negara‘.

Berucap ketika merasmikan bangunan pejabat lama beliau yang dipindahkan di perkarangan Pusat Rekod Arkib, beliau berkata Residensi yang berusia lebih 100 tahun ini banyak meninggalkan kesan sejarah kepada negara.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 Februari 1973 – Kerajaan telah diminta untuk mengadakan rumah-rumah sewa di Mekah bagi mengatasi kesulitan jemaah haji dari Malaysia.
  • 15 Februari 1974MAS telah mengambil lapan orang gadis Jepun menjadi peramugari dalam perkhidmatan barunya antara Kuala Lumpur ke Tokyo sebanyak empat kali seminggu mulai bulan depan.
  • 15 Februari 1975Sultan Pahang tidak berkenan rakyat di kampung terutamanya di kawasan-kawasan terpencil mengadakan sambutan besar-besaran apabila baginda melawat ke kampung mereka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya