Malaysia-Thailand johan bersama Piala Raja Thai - Utusan Malaysia

Malaysia-Thailand johan bersama Piala Raja Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Disember 1976, Utusan Malaysia melaporkan Malaysia dan Thailand muncul johan bersama Kejohanan Bola Sepak Piala Raja Thai di Bangkok malam tadi.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 pada akhir permainan dan gagal menjaringkan sebarang gol dalam tempoh masa tambahan selama 30 minit di hadapan lebih 25,000 orang penonton. Malaysia pernah menjadi juara piala yang sama pada 1972 manakala tuan rumah merupakan kali pertama menyandang gelaran.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Disember 1977 – Mulai tahun depan, lelaki Islam di Johor yang ingin beristeri lebih daripada satu tidak perlu lagi mendapatkan tandatangan keizinan isteri tua apabila undang-undang baharu diluluskan 14 Januari depan.
  • 27 Disember 1979 – Sebuah kem berharga sejuta ringgit bagi merawat dan memulihkan penagih dadah dari Semenanjung Malaysia akan dibina di Sungai Besi tahun hadapan.
  • 27 Disember 1982 – Semangat bergotong royong dalam kalangan penduduk telah menjadikan Kampung Jahang di Gopeng terpilih sebagai kampung contoh di Negeri Perak.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya