Pasir Putih bakal jadi bandar termaju di Pantai Timur - Utusan Malaysia

Pasir Putih bakal jadi bandar termaju di Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 17 Oktober 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Bandar Pasir Putih bakal menjadi bandar termaju di Pantai Timur apabila seramai 25,000 orang daripada keluarga Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ditempatkan di pangkalan Gong Kedak awal tahun hadapan.

Sultan Kelantan bertitah, lebih daripada 5,000 ekar kawasan TUDM masih dalam pembinaan itu yang menelan kos kira-kira RM800 juta dijangka siap sepenuhnya menjelang 1985.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 17 Oktober 1973Bahasa Melayu digunakan sepenuhnya dalam semua urusan pentadbiran termasuk surat-menyurat di Universiti Malaya.
  • 17 Oktober 1974 – Rombongan wayang kulit Malaysia yang ketika ini mengadakan pertunjukan pentas di Amerika Syarikat mendapat sambutan hangat daripada penonton.
  • 17 Oktober 1977Kerajaan Johor bertindak merampas tanah Syarikat Sugar Plantation & Industries Bhd. seluas 20,680 ekar kerana gagal menyempurnakan bayaran cukai tanah setahun berjumlah RM186,120.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya