Atlet Pulau Pinang, Saik Oik Cum cipta satu lagi rekod kebangsaan - Utusan Malaysia

Atlet Pulau Pinang, Saik Oik Cum cipta satu lagi rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Oktober 1982, Utusan Malaysia melaporkan Saik Oik Cum mencipta rekod baharu kejohanan olahraga menerusi acara 100 meter apabila mampu berlari sepantas 12.1 saat di Kejohanan Olahraga Kebangsaan Ke-60 di Stadium Merdeka.

Atlet kebangsaan tersebut yang turut mewakili pasukan Pulau Pinang, semalam turut merangkul pingat emas dalam acara 200 meter yang juga merupakan satu lagi rekod baru kejohanan dengan kepantasan 24.6 saat.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 19 Oktober 1979 – Teknik semaian dan pengurusan ‘agronomi‘ yang baru diperkenalkan ketika ini membolehkan pokok-pokok getah ditoreh dalam tempoh 3 hingga 4 tahun akan datang.
  • 19 Oktober 1982 – Kerajaan Negeri Pahang akan membina dua lebuh raya menghubungkan bandar Kuala Lipis dengan Cameron Highlands dan Slim River di Perak ke rancangan Felda Sungai Koyan.
  • 19 Oktober 1983 – Ketua pasukan bola sepak negara, Datuk Soh Chin Aun mengalami kecederaan ketika sesi latihan bersama pemain kebangsaan dalam persiapan menentang Singapura di Kejohanan Bola Sepak Pra-Olimpik.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya