Skuad hoki Malaysia antara enam terkuat di dunia - Utusan Malaysia

Skuad hoki Malaysia antara enam terkuat di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 September 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pasukan hoki Malaysia di Olimpik Munich telah berjaya mengatasi kemerosotan Sukan Olimpik Mexico dan kini menjadi antara enam pasukan hoki terkuat di dunia.

Walaupun Malaysia ditempatkan dalam kumpulan maut, tetapi berjaya mengumpul tujuh mata dari lima perlawanan dengan menundukkan Uganda 3-1, tewas ditangan Jerman 0-1, seri dengan Sepanyol 0-0, tundukkan Perancis 1-0 dan berjaya tumpaskan Belgium 4-2.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 4 September 1971 – Baginda Sultan Perak hari ini mendedahkan terdapat segerombolan pengganas komunis telah menggunakan beberapa buah masjid di Hulu Perak sebagai tempat memujuk rakyat menyokong perjuangan mereka.
  • 4 September 1974 – Empat pensyarah Universiti Malaya akan menubuhkan sebuah parti politik baru bernama ‘Himpunan Jihad Rahmatullah‘ atau singkatannya ‘HIJRAH‘ yang berteraskan al-Quran dan Sunnah.
  • 4 September 1975 – Drama ‘Dalang‘ yang dipersembahkan oleh Kumpulan Artis Utara (KAU) dari Kedah dan tarian ‘Buyong Seloka‘ oleh Kumpulan Senitari Asli, Kuala Lumpur telah menjadi johan pertandingan drama dan tarian 1975.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya