Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) diswastakan - Utusan Malaysia

Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) diswastakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 13 September 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan fasa pertama penswastaan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) akan bermula November ini, menurut Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chong Hon Nyan ketika mengumumkannya hari ini.

Beliau turut memaklumkan, kerajaan kemungkinan besar akan tetap memegang saham sebanyak 30 peratus dalam MAS bagi menentukan beberapa garis panduan dan peraturan yang perlu diikuti seperti mana yang ditetapkan.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 13 September 1983 – Syarikat Elektronik, Atlas Intek (Malaysia) Sdn. Bhd. akan membina tiga kilang di Pulau Pinang yang bakal mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan.
  • 13 September 1985 – Penganjur ‘Konsert Scorpions‘ mengemukakan tuntutan ganti rugi RM1.1 juta terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kerana menolak permohonannya mengadakan konsert di negara ini.
  • 13 September 1986CUEPACS membangkang keras cadangan kerajaan menaikkan kadar bayaran tol di lebuh raya kerana ia bukan sahaja menyusahkan orang yang berkereta, malahan golongan yang berpendapatan rendah.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya