Malaysia, Indonesia setuju guna 3,450 istilah bahasa - Utusan Malaysia

Malaysia, Indonesia setuju guna 3,450 istilah bahasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 8 September 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Persidangan Majlis Bahasa Indonesia/Malaysia Ke-13 yang tamat di Bilik Gerakan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka bersetuju untuk mengesah dan menggunakan 3,450 istilah dalam bidang ilmu pengetahuan.

Persidangan tersebut dihadiri 30 pakar bahasa termasuk 11 orang dari Indonesia yang diketuai oleh Profesor Dr. Amran Halim mewakili Panitia Kerjasama Kebahasaan Indonesia/Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 8 September 1974 – Lembaga Letrik Negara (LLN) hari ini menandatangani perjanjian pinjaman RM28.5 juta dari Perbadanan Pembangunan Commonwealth (CDC) untuk membiayai projek jana kuasa elektrik di Temenggor, Perak.
  • 8 September 1975 – Yayasan Pengajian Tinggi Islam di Nilam Puri akan dipindahkan ke Semerak, Pasir Puteh, Kelantan apabila persetujuan muktamad telah dicapai bagi meletakkan yayasan tersebut di bawah Universiti Malaya.
  • 8 September 1977 – Sebuah parti politik yang baru dibentuk dan diberi nama ‘Ikatan Melayu Insaf Malaysia‘ atau ringkasnya (IMAM) telah berjaya ditubuhkan secara rasmi di Kelantan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya