Malaysia jadi negara contoh basmi dadah - Utusan Malaysia

Malaysia jadi negara contoh basmi dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 31 Ogos 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah memilih Malaysia sebagai salah sebuah negara contoh dalam melaksanakan langkah tegas membasmi kegiatan dadah dan bersetuju mempraktikkan langkah sedemikian di negara-negara lain.

Pemilihan ini disampaikan oleh Ketua Pengarah Bahagian Narkotik Bangsa-Bangsa Bersatu kepada Tun Musa Hitam semasa beliau melawat pejabat tersebut di Vienna, Austria.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 31 Ogos 1979 – Kerajaan hari ini menetapkan harga kilang bagi simen sebanyak RM6.50 satu kampit dan harga runcit maksima pula RM8.20
    berikutan timbul kekeliruan dikalangan pengguna.
  • 31 Ogos 1983 – Lebih 1,000 orang banduan menyertai pertunjukkan kebudayaan yang diadakan di Penjara Alor Setar sempena menyambut
    Hari Kebangsaan yang ke-26 peringkat Negeri Kedah.
  • 31 Ogos 1984 – Walaupun sudah bersara, bekas pelari jarak jauh kebangsaan M. Solaimuthu, 45 tahun masih mampu untuk meraih juara
    marathon anjuran Rukun Tetangga, Taman Banang, Batu Pahat.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya