'Persaudaraan Islam' strategi baharu PAS - Utusan Malaysia

‘Persaudaraan Islam’ strategi baharu PAS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 26 Julai 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Kongres Agung Tahunan PAS yang akan diadakan bakal membuka lembaran baharu dalam sejarah perjuangan parti itu apabila meluluskan perjuangan ‘Persaudaraan Islam‘ (Ukhuwah Islamiah) yang menjadi strategi perjuangannya.

Strategi tersebut bertujuan untuk mengembelingkan seluruh kekuatan Islam di negara ini tanpa mengira perbezaan politik masing-masing ke arah kemajuan masyarakat Islam keseluruhannya.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 26 Julai 1973 – Album terbaru nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee berjudul ‘Azizah‘ yang mengandungi 12 lagu yang dirakamkan semula kini berada di pasaran.
  • 26 Julai 1974 – Seekor ikan paus yang panjangnya kira-kira 40 kaki ditemukan mati terdampar di pantai Kuala Kangkong, Kedah dan beratnya dianggarkan lebih 100 tan.
  • 26 Julai 1975 – Sekolah-sekolah di Selangor menyambut baik arahan Kementerian Pelajaran mengadakan kebun-kebun sayur di kawasan sekolah bagi menyahut seruan kerajaan menjayakan Rancangan Buku Hijau.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya