Jaminan kepada orang Melayu di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Jaminan kepada orang Melayu di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 14 Julai 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Pengerusi Petronas, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah hari ini memberi jaminan kepada orang-orang Melayu di Pulau Pinang bahawa beliau akan cuba berunding dengan Ketua Menteri, Dr. Lim Chong Eu mengenai masalah mereka.

Katanya, hasrat orang-orang Melayu di pulau ini tidak patut dihampakan dan setiap rakyat tidak boleh ditinggalkan daripada apa yang diperjuangkan selama ini.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 14 Julai 1971 – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sedang mengkaji rancangan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan wang simpanan mereka untuk membeli rumah sebelum bersara.
  • 14 Julai 1972 – Menteri Kerja Raya dan Tenaga, Datuk Abdul Ghani Gilong memaklumkan, penunggang basikal dan motorsikal (kurang 150cc) akan diasingkan dari lalu lintas lain apabila siapnya projek Lebuh Raya Kuala Lumpur-Petaling Jaya nanti.
  • 14 Julai 1974 – Seorang penyair muda Malaysia, Tengku Alauddin Tengku Abdul Majid berlepas ke Moscow apabila dijemput mengambil bahagian sempena menyambut hari ulang tahun ke-175 penyair agung Russia, Alexander Pushkin.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya