Petronas bina lima pelantar di Lapangan Duyung dan Sotong - Utusan Malaysia

Petronas bina lima pelantar di Lapangan Duyung dan Sotong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 21 Jun 1982, Utusan Malaysia melaporkan Petronas Carigali, iaitu anak syarikat Petronas akan membina lima buah pelantar di Lapangan Duyung dan Sotong, kira-kira 224 kilometer dari pantai Terengganu.

Tiga daripada pelantar gas tersebut melibatkan carigali, memproses gas dan sebuah lagi tempat tinggal pekerja. Kelima-lima pelantar berkenaan akan dibina oleh sebuah syarikat tempatan dari Johor.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 21 Jun 1979 – Malaysia akan memperoleh satu pinjaman bernilai RM220 juta daripada pasaran modal negara-negara Arab untuk membiayai projek pembangunan negara.
  • 21 Jun 1982 – Lebih kurang 200 orang banduan di kem tahanan Pulau Jerejak, Pulau Pinang dibenarkan mandi-manda di tepi laut kerana kem tersebut terputus bekalan air.
  • 21 Jun 1983 – Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan mengadakan rancangan khas tahunan bagi memperingati Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee mulai tahun hadapan, kata Menteri Penerangan, Datuk Mohd. Adib Adam.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya