Pahang laksana projek padi Endau-Rompin - Utusan Malaysia

Pahang laksana projek padi Endau-Rompin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Jun 1982, Utusan Malaysia melaporkan Kerajaan Negeri Pahang tetap melaksanakan projek jelapang padi Endau-Rompin seluas hampir 12,000 hektar tahun hadapan.

Keseluruhan kawasan paya yang bersempadan dengan negeri Johor seluas 12,000 hektar itu masih dikaji dari segi kesesuaian dan dijangka berakhir menjelang tahun 1985. Walaubagaimanapun, seluas 11,200 hektar telah dimajukan sebagai ‘perintis‘ dalam projek jelapang padi yang kedua terbesar di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 23 Jun 1978Argentina berjaya layak ke perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Ke-11 setelah membelasah Peru dengan jaringan 6-0.
  • 23 Jun 1979 – Lebih 1,000 jenis barang-barang purba yang telah pecah yang usianya lebih 3,000 tahun sebelum Masihi telah ditemui di Jenderam Hilir, Dengkil, Daerah Kuala Langat baru-baru ini.
  • 23 Jun 1982Polis Malaysia dan Hong Kong sedang bekerjasama rapat untuk mengesan kegiatan-kegiatan jenayah yang melibatkan kedua-dua negara, menurut Ketua Polis Tanah Jajahan British, Datuk Roy Henry.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya