Mahmuzah sebak terima pingat (PGB) suami - Utusan Malaysia

Mahmuzah sebak terima pingat (PGB) suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 2 Jun 1977, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang jururawat, Mahmuzah Mukti tidak dapat menahan air mata semasa beliau menerima pingat Panglima Gagah Berani (PGB) daripada Yang di-Pertuan Agong hari ini bagi pihak suaminya yang terkorban, Inspektor Mat Zin Mat Yassin.

Beliau terbunuh ketika cuba merampas senjata dari seorang pengganas yang sangat dikehendaki dalam satu serbuan polis ke atas sebuah rumah di Pasir Pinji, Perak pada 23 Ogos tahun lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 2 Jun 1972 – Sebuah parti politik baru yang diberi nama ‘Parti Kebangsaan Malaya‘ telah ditubuhkan hari ini.
  • 2 Jun 1973 – Hospital Bahagia Ulu Kinta akan mengadakan satu acara sukan tahunan khas untuk pesakit-pesakit mental di hospital itu pada 30 Jun ini.
  • 2 Jun 1974 – Yang di-Pertuan Agong hari ini meluluskan penyamaan gelaran pangkat dalam Angkatan Tentera Malaysia, iaitu meliputiTentera Darat, TLDM dan TUDM.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya