Chai Ng Mei catat rekod baru lompat tinggi - Utusan Malaysia

Chai Ng Mei catat rekod baru lompat tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 19 Jun 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan atlet lompat tinggi wanita Malaysia, Glady Chai Ng Mei telah mencapai kejayaan cemerlang sewaktu mengikuti latihan olahraga di Jerman Barat baru-baru ini.

Atlet dari Perak itu dengan gaya lompatan ‘fosbury flob‘ berjaya mengatasi rekod kebangsaan dan rekod Sukan SEAP dalam latihan yang dilakukannya di Bonn, Jerman dengan catatan 1.61 meter, manakala rekod Sukan SEAP ialah 1.59 meter.

Antara peristiwa lain yang menarik

  • 19 Jun 1973 – Kerajaan telah mengiktiraf ijazah-ijazah dalam bidang pengajian Islam daripada Universiti Al-Azhar dan beberapa buah universiti lain di Asia Barat.
  • 19 Jun 1974Hospital Daerah Banting yang berharga RM2.7 juta telah siap dibina dan dijangka akan memulakan perkhidmatannya bulan Ogos ini.
  • 19 Jun 1975 – Juara tinju heavyweight dunia, Muhammad Ali telah mencipta sebuah tarian yang dinamakan ‘Malaysia Waltz‘, iaitu teknik baru yang akan digunakan dalam pertarungannya dengan Joe Bugner di Stadium Merdeka nanti.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya